Sunday, December 25, 2011

a story~

"ustaz, ana dah ambil keputusan untuk berhenti menghafal quran"

tersentak ustz-ustz dan ustazah yang berada di dalam Jabatan Quran mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Hafiz.

"ustaz nak tanya kenapa enta cakap mcm tu..?"soal guru tasmi' hafiz yang kini duduk berhadapan dengan Hafiz

"ustaz, ana rasa tak mampu dah nak teruskan menghafal dengan cara mcm ni. hari2 ana stress, yg paling teruknya stress dengan Quran. orang lain dekat luar tu ustaz, kalau depa stress lah depa cari Quran. ana sebab mengadap Quran tiap2 hari ana jadi stress. ana rasa kalau ana habiskan Quran ni pun belum tentu ana akan adil dengan hafalan ana. bila ana fikir mcm tu lagi lah ana stress ustaz!" terang Hafiz panjang lebar.

"enta tak ingat ke harapan mak ayah enta yang ingin lihat anak sulungnya menghafal Quran? enta tak terkenang ke kenapa mak ayah enta bagi nama Hafiz pada enta?" ustz itu terus terusan menanya. Hafiz ni bukan tak boleh buat, dia saja yang kurang yakin pd diri sendiri.

"ahh, ustaz.. itu dulu. ayah ana bagi nama itu bukan ada apa2. lagipun maksud Hafiz tu menjaga, tiada kaitan dengan menghafal Quran. lagipun waktu mula2 masuk sini, ana rasa ana terikut2 dengan program motivasi yang disediakan. haluan siswa lah, mafatih mahabbah lah... semua tu lakonan lah ustaz! ana dah tanya dah senior2, mereka semua memang pandai berlakon.."

Astaghfirullah... budak ni, aku hilang sabar jugak nnt. kata ustaz dalam hati.

"takpe Hafiz, enta balik dulu. ana nak enta fikirkan balik kata2 enta pd ana. dan fikirkan semula reaksi mak ayah enta kalau mereka dengar enta cakap begini. ana rasa enta emosi sekarang dengan keputusan imtihan sem 1 yang baru keluar. walaupun ana tengok enta boleh je, siap dapat 3.5.. mungkin general general syaitan dekat DQ ni sedang bekerja kuat nak mematahkan semangat enta yg tinggi, yg ana pernah lihat suatu masa dulu. gaya enta cakap dengan ana ni, mcm enta sedang beritahu ana yang Allah itu zalim kerana meletakkan enta di sini, betul?"

Hafiz pula yang tersentak. dia tunduk menghadap lantai

ustz kemudian menyambung
" enta sendiri tak berani nak bersuara bila ana dah ckp mcm tu kan.. ana bukan nak marah enta hafiz. enta budak cemerlang malah ana yakin enta mampu memikul amanah Allah ini utk menghafal. jangan memperlekehkan diri sendiri hafiz. enta ada Allah, mak ayah, sahabat2 dekat sini yang sentiasa mendoakan enta. akal kita bila berfikir mesti didorong oleh hati, mulut bila berkata-kata mest didorong dengan hati. dan hati yang mendorong itu mestilah bersih. bagaimana lagi enta nak bersihkan hati enta kalau bukan dengan Quran...?"

"ana minta maaf ustaz. mungkin ana terlalu stress..."

"enta balik dulu asrama ye, enta fikirkan semula. nah ustaz pulangkan kembali surat berhenti enta ni. ana tak boleh terima surat ni selagi enta tak betul2 bagi alasan yang kukuh.. enta dah juzu' berapa skrg ni?"

"juz 16, nak masuk surah taha" balas Hafiz perlahan sambil tertunduk.

"ahsanta. enta teruskan menghafal dulu. hayatilah maksud surah taha tu..........Assalamualaikum"

*****

Hafiz berjalan mundar mandir di sekitar kafe. perutnya terasa lapar, namun hatinya tidak tenang. di tangannya masih tersemat surat yang ustz Safwan pulangkan.

setelah beberapa ketika hafiz membuat keputusan untuk pulang sahaja ke asrama utk bersiap sedia ke masjid bg menunaikan solat zohor berjemaah.

sampai di hadapan pintu bilik hafiz, terselit sekeping nota kecil berwarna kuning di celah pintu. Hafiz kenal tulisan itu,.. itu tulisan akh marwan. akh marwan, abang sem 6 yang selalu tersenyum kepadanya walaupun die yakin akh marwan tidak begitu mengenalinya. hafiz menarik nota kecil itu dan membacanya.

"jangan cuba dikawal arah taufan,
tetapi kawallah layar kehidupan,
tak perlu diukur dalamnya lautan,
tapi panjangkanlah kail yang sejengkal."

hafiz mendengus. amboii akh ni, mcm ada telepathy je. mcm tau2 je masalah aku nak berhenti hafal Quran. alah, akh memang suka dengan bahasa jiwang sastera dia. tak habis2 nak berpantun, bersajak.

Hafiz merenyuk nota kecil itu dan menyimpannya di dalam pencil case. malas aku nak layan akh ni, skrg aku ada masalah yg lebih besar, desis hati hafiz. namun hati kecil nya sedikit sebanyak...tersentuh dengan kata-kata akh marwan.

"ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!" -Azan zuhur berkumandang.

Hafiz bergegas mengambil wudhu' dan segera membonceng basikalnya ke masjid DQ untuk menunaikan solat berjemaah.

"Allahuakbar......(Allah Maha Besar)" dan seisi warga DQ mengangkat Takbir.

**** 2bcont

3 comments:

  1. Wahh kak wani :) Menulis pulak ehhh??
    Dah lama tak jenguk blogg akak.
    Btw is this hafiz real??? It reminded me of . . . .

    ReplyDelete
  2. errrr, it reminded u of me ehh..? haha. hafiz isn't real~ the story is. =)

    ReplyDelete
  3. is it true story? tiap2 tahun mesti ada kes mcm ni. btw ur blog so interesting. like it.=)

    ReplyDelete