[ sedang mencuba sedaya upaya untuk memartabatkan B.Melayu ]
Diskusi pada hari ini, Moral orang Malaysia yang bernilai 20 sen $ (sorry lah if how i construct the sentence is wayy too awkward)
Pada suatu hari yang indah, ibu saya dan saya telah pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan di rumah yang sedang mengalami krisis kesusutan bekalan. Hari tersebut tidak sama dengan hari hari yang lain, kerana pada hari tersebut kami terpaksa membeli barangan tersebut dengan masa yang agak terhad (dalam erti kata yang lain, kami tidak sempat untuk "window-shopping"). ketika hendak pulang, kami juga terpaksa bergegas ke parkir kereta. Melihatkan keadaan itu, saya agak terkejut apabil dua buah troli meeletak barang telah diletakkan di belakang kereta kami, kerana mereka tidak perlu meletakkan troli tersebut di tempat asalnya memandangkan polisi yang terkini menyatakan pelanggan tidak perlu memasukkan 20 sen $ untuk mengambil troli tersebut pada mulanya. situasi ini lantas seolah-olah menyuruh saya untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati saya di dalam blog ini. Sepatutnya, hal yang demikian bukanlah suatu isu yang besar, kerana tempat meletakkan troli itu kembali hanyalah 5 meter jaraknya dari kereta saya.
Lalu terbit persoalan pada diri saya, adakah moral rakyat Malaysia kini hanya bernilai 20 sen $? jika dilihat sebelum ini, sewaktu kita masih perlu memasukkan 20 sen$ ke dalam troli untuk menggunakannya, isu meninggalkan troli di mana mana denga sewenang wenangnya tidak timbul. bahkan, kita berebut-rebut mahu meletkkannya di tempatnya semula semata-mata untuk mendapatkan 20 sen $ tadi. walaupun isu sebegini masih boleh dikatakan kecil, namun inilah refleksi sebenar rakyat Malaysia pada masa kini: moral dan kesedaran yang semakin menyusut dalam diri masing masing.
Apalah salahnya, jika troli yang kita gunakan sendiri untuk membeli barang, diletakkan kembali di tempatnya walaupun kita tidak mendapat apa apa sebagai pulangan. bukankah itu satu tanggungjawab atau lebih sesuai dikatakan adab/etika selepas menggunakan kemudahan awam? Bagaimana pula contoh yang kita pamirkan pada anak anak yang kita bawa bersama jika orang yang melakukanya itu adalah ibu bapa? perbuatan ini secara tidak langsung mengajar generasi muda untuk tidak bertanggungjawab, lantas meruntuhkan lagi moral mereka yang kini sememangnya pun sudah ranap.
Fikirkanlah dan renungkanlah kembali, apakah sumbangan sebenar kita terhadap bumi Allah ini. Adakah kita sekadar seorang bapa yang memarahi anaknya apabila melakukan kesilapan namun secara tidak sedar kita masih melakukan kesalahan di depan anaknya? atau adakah kita sekadar seorang jurutera yang sibuk membangunkan dunia ini tetapi pada hakikatnya kita tiada bezanya daripada yang lain kerana tidak mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap isu isu sebegini?
Apologies to any of those who disagree with the title above. i noe it seems very worthless that the morals we have rite now is being compared to 20 cents. but i pledge to those who disagree with this, prove it then that our morals are not only worth of 20 cents, its worth of every penny and its worth of everything. Civilisation does not guarantee us humanism. Humanism only comes within us; Humans.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment